Pages


Sunday 2 October 2011

10 Halangan Utama Komunikasi

1.BAHASA
(,") Telo, loghat
(,") Perkataan yang dipilih

2. PERSEPSI, PREJUDIS & STEREOTYPING
(,") Mirip mendengar apa yang kita suka dengar saja 
(,") Lihat apa yang kita suka tengok saja
(,") Fikir apa yang kita selalu fikirkan saja
(,") Membuat tanggapan/andaian terhadap seseorang /keadaan

3. IMEJ DIRI SENDIRI
(,") Bagaimana kita lihat diri sendiri
• Professional atau amatur
• Peramah atau malu
• Konfiden atau gugup
Imej diri akan terserlah dalam pertuturan

4.STATUS
(,") Membataskan pergaulan antara kedudukan
(,") Terdapat keadaan dimana “tapisan informasi”

5. PERCANGGAHAN
(,") Isyarat badan tak menyokong apa yang dilafazkan

6. FAKTOR TERSENDIRI
(,") Komunikasi dengan OKU
(,") pekak atau atas kereta roda
(,") Berlainan nilai atau pandangan
(,") Perbezaan umur yang ketara

7. FAKTOR PERSEKITARAN
(,") Kawasan yang bising

8. KESESUAIAN MASA
(,") Tak ada masa untuk berkomunikasi secara berkesan

9. MESEJ YANG RUMIT

10. MENDENGAR

Komunikasi berkesan




  • v Mesej yang disampaikan difahami dengan tepat dan jelas oleh penerima

    v Makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima


    v Perubahan yang berlaku (sekiranya dikehendaki) akibat mesej adalah seperti perubahan yang dikehendaki pengguna
                                             
    v Mesej yang disampaikan mempunyai unsur kos-efektif

Kemahiran Komunikasi

Cara komunikasi

1.                 Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan (penampilan fizikal, gerak tubuh dan hubungan mata) yang sangat berkesan secara konsisten
2.         Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar dan memberi maklum balas yang relevan dengan cepat secara konsisten
3.            Kebolehan menyampaikan idea secara lisan dengan sebutan jelas, tersusun, lancar dan nada bersesuaian secara konsisten
4.        Kebolehan menyampaikan idea secara bertulis dengan jelas, tersusun, lancar dan  bersesuaian secara konsisten
5.        Kebolehan membuat pembentangan dengan yakin dan berkesan menggunakan    bantuan teknologi (bahasa, simbol dan visual)  secara konsisten
6.            Kebolehan berunding ke arah mencapai keputusan dengan menghormati pandangan orang lain dan merangsang perbincangan
7.            Kebolehan berinteraksi dengan khalayak pelbagai budaya menggunakan laras bahasa yang sesuai, menghormati perbezaan budaya dan selesa berinteraksi secara konsisten
8.            Kebolehan  membuat rumusan secara lisan dan bertulis dengan padat,  tepat dan mantap secara konsisten

Friday 30 September 2011

Apa Itu Komunikasi???

Komunikasi didefinisikan sebagai di mana manusia menghantar dan menerima mesej. Komunikasi juga boleh didefinisikan sebagai proses di mana manusia berkongsi atau bertukar-tukar idea, maklumat dan perasaan. Proses interaksi antara manusia, di mana orang ramai bertutur dan bertukar-tukar pendapat, gerak, isyarat atau simbol dengan tujuan untuk memberi dan bertukar-tukar maklumat atau mengubah keadaaan fizikal atau mental meraka juga merupakan maksud komunikasi.